The trail climbs through a forested area for 15 minutes or so before emerging at the foot of a steep hill covered in grass. Here the tiring ascent begins but you will soon find yourself enjoying the fine views over the surrounding countryside. There are three viewing points marked by RHB signs at 880 feet, 1150 feet and finally at the top at 1312 feet.
Take care, especially when coming back down. The path can be slippery with mud, if it has been raining, or with loose sand in the dry weather.
.
What to Bring
Plenty of water and a snack.
Hat and or sun block.
Trekking pole is useful.
Phone/camera.
Suitable footwear (not flip flops!).
Location of Broga Hill
Here is a map showing the location of Bukit Broga. Click on the box in the top right hand corner to expand the map.
Broga Hill is located at Broga, a small town on the border of Selangor and Negeri Sembilan. It is 50km from Kuala Lumpur and 33km from Seremban.
The entrance to the car park is directly opposite Rabbit Fun Land.
The car park charges RM 2 but there is not always somebody there to collect the fee.
Saya pernah teringin sangat bercuti di tepi pantai.
Mujurlah Melaka dekat sahaja. Di pesisir pantai Melaka pula, seperti di Kuala Sungai Baru, Kuala Linggi dan Pengkalan Balak, mujurlah tersimpan pantai-pantai menarik yang bersih, cantik dan selamat untuk beristirehat.
Jadi saya pun memulakan pencarian untuk mencariresortyang menarik. Yang pastinya, ia perlulah berada di tepi pantai dan laut, kerana inilah hajat hati saya yang sebenarnya.
Akhirnya saya bertemu dengan 7resortpilihan yang agak baru dantrendy, sesuai dengan citarasa.
Semoga anda pun menyukai pilihan saya kali ini:
1. Casa Rasa Sayang, Kuala Sungai Baru
Casa Rasa Sayang adalah sebuah villa berkeluasan 11,000 kaki persegi bertempat di atas tanah berkeluasan 1 suku ekar. Hanya 1 setengah jam dari Kuala Lumpur, villa ini adalah lokasi ideal untuk mereka yang mahu berehat, mengadakan hari keluarga, malah mengadakan aktiviti tim syarikat.
Villa ini terletak menghadap Selat Melaka. Ketika air surut, anda boleh berjalan kaki ke dua buah pulau yang terletak berhampiran. Casa Rasa Sayang memiliki 7 buah bilik, bermula pada harga RM235 semalam.
Alamat: Lot 1923, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka, Malaysia
PEMANDANGAN DI CASA RASA SAYANG KETIKA MATAHARI TERBENAM.
HIGH CEILING DI VILLA.
SEA VIEW ROOM YANG BOLEH MEMUATKAN 4 ORANG PADA SATU-SATU MASA.
BILIK CHARDONAY DENGAN BILIK AIR BERHARGA HANYA RM250 SEMALAM.
PERKHIDMATAN CHEF DISEDIAKAN ATAS PERMINTAAN.
KOLAM RENANG ATAU LAUT, MANA SATU PILIHAN ANDA UNTUK BERMANDI-MANDA?
MULTI FUNCTION ROOM
KAWASAN BERSANTAI
KARAOKE
SUN DECK
KAWASAN LUAS DAN BERSIH DIHIASI POKOK RU
BERSANTAI SAMBIL MENIKMATI DERUAN OMBAK
2. Homestay Kuala Sg. Baru (Rumah Limas Melaka)
HOMESTAY KUALA SUNGAI BARU (SEAFRONT) PADA WAKTU MALAM.
Sebuah penginapan rumah tradisional Melaka (rumah limas) dalam persekitaran kampung berlamankan pantai landai yang berpasir di Laut Selat Melaka. Boleh memuatkan lebih kurang 26 orang dalam 2 bilik dan 1 ruang di dalam rumah serta 1 bilik tambahan di sebelah rumah. Selain daripada itu, boleh juga menggunakan balai (pangkin), wakaf dan khemah untuk penginapan tambahan.
Terdapat 3 jenis kediaman disediakan: Seafront, Limas dan Homestay Uncle Man (bilik kecil).
Pelbagai kemudahan disediakan dan pelbagai aktiviti dapat diadakan oleh tetamu homestay saperti berdayung sampan, berbasikal di sekeliling kampung, memasang jaring untuk menangkap ikan atau ketam di tepi pantai, mencari remis dan kepah, mandi-manda dan memancing, permainan tarik tali, permainan congkak, dam kampung,carrom, mandi perigi, Wi-Fi, pit barbeku dan bermacam-macam lagi. Juga disediakan peralatan BBQ dan peralatan memasak untuk yang ingin memasak sendiri.
Harga penginapan untuk 2H1M adalah RM50 seorang (kecuali yang berumur 4 tahun ke bawah) dan 3H2M berharga RM85 seorang. Minima tetamu adalah sebanyak 16 orang yang berbayar.
Alamat: Jalan Kuala Sungai Baru / Masjid Tanah, Kampung Tengah, Melaka, Malaysia
BERPIKNIK DI HALAMAN RUMAH.
MANDI PERIGI
BALAI YANG DIGUNAKAN SEBAGAI TEMPAT DUDUK DI SIANG HARI, DAN TEMPAT TIDUR DI MALAM HARI.
WAKAF JUGA BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI TEMPAT TIDUR DI MALAM HARI.
BINAAN RUMAH LIMAS TANPA MENGGUNAKAN PAKU.
SERAMBI RUMAH DIGUNAKAN SEBAGAI TEMPAT TIDUR BERAMAI-RAMAI PADA WAKTU MALAM.
DAUN TINGKAP TRADISIONAL
6 BUAH BILIK HOMESTAY UNCLE MAN DENGAN RUANGAN BARBEKU.
Homestay ini juga pernah dipaparkan dalam rancangan Kembara Hijabista di Astro Ria:
3. Desa Balqis Beach Resort, Kuala Linggi
KOLAM RENANG
Desa Balqis menempatkan beberapa buah rumah kayu Melayu yang diberi sentuhan kontemporari. Desa Balqis merupakan lokasi ideal untuk mereka yang mencari ketenangan, jauh daripada hiruk pikuk kehidupan bandar.
Terdapat 20 jenis kediaman disediakan di sini. Menariknya, kediaman-kediaman di sini diberi nama pangkat dalam keluarga iaitu Pak Long, Pak Ngah, Pak Lang, Pak Ndak, Balqis, Mama, Penghulu, Atuk, Nenek, Pak Cik, Bilik Adik, Bilik Kakak, Kak Long, Kak Ngah, Kak Lang, Kak Chik, Pak Su, Pak Teh, Hj. Mat Zin dan Pak Anjang.
Harga bermula daripada RM140 untuk seorang (Bilik Adik dan Bilik Kakak). Kediaman paling besar adalah Pak Ngah dan Pak Lang yang boleh menempatkan sehingga 15 orang.
Kemudahan yang disediakan termasuklah kolam renang, padang bola dan pit barbeku.
Dengan binaan kayu, tingkap berwarna warni, laman terjaga rapi serta pemandangan menghadap laut, Desa Balqis amat sesuai bagi mereka yang merindui kehidupan kampung.
Alamat: Jalan Kuala Sungai Baru / Kuala Linggi, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka, Malaysia
BALQIS
BILIK ADIK, BILIK KAKAK DAN PAK CHIK
KAK CHIK, KAK LANG, KAK NGAH, KAK LONG
ATOK
MAMA
DERETAN RUMAH
MAJLIS PERKAHWINAN
DALAMAN RUMAH PAK LONG
DALAMAN RUMAH PAK LONG
DALAMAN RUMAH PAK LONG
4. Umang-umang Chalet, Kuala Sungai Linggi
Umang-umang Chalet terletak di tepi Pantai Kuala Sungai Linggi, Melaka, bersempadan dengan Negeri Sembilan. Menghadap Laut Selat Melaka, Umang-Umang Chalet terletak hanya 10 km dari pantai pelancongan popular Pengkalan Balak.
Dengan pantai semulajadinya yang tidak tercemar, privasi serta redup, dilindungi oleh pohon-pohon asal berusia ratusan tahun yang besar dan rendang, Umang Umang Chalet menawarkan alternatif percutian bajet dengan persekitaran chalet yang nyaman, sunyi, teratur dan bersih.
Terdapat 7 jenis bilik, dengan jumlah 44 buah bilik.
Kemudahan yang disediakan termasuklah restoren menghadap laut, kafe, dewan serbaguna, taman permainan kanak-kanak, tapak berkhemah dan kawasan untuk aktiviti keluarga. Harga bilik bermula daripada RM100 semalam.
Hubungi 016-6650167 (Puan Dayang) atau 012-2447804 (Puan Iera) atau layarilaman web Umang-umang Chaletuntuk maklumat lanjut.
Alamat: Lot 602, Batu 31, Bukit Darat, Kuala Linggi, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka, Malaysia
Desa Damai Chalet terletak berhadapan dengan pantai Pengkalan Balak. Chalet ini bersinar walaupun terdapat deretan kediaman-kediaman lain yang ditawarkan di pantai ini, oleh kerana binaan menarik dan taman yang dihias rapi. Baru sahaja bermula operasi pada tahun 2014, anda pasti berpuas hati dengan kediaman ini.
Berhampiran chalet ini juga terdapat gerai-gerai ikan bakar serta pusat konservasi dan penetasan telur penyu Karah. Harga bermula daripada RM150.
Alamat: Lot 1681, Batu 22 1/2, Kampung Hailam, Pengkalan Balak, Malaysia
7. Fuga Village, Pengkalan Balak
Fuga Village adalah satu kediaman yang sangat mementingkan privasi. Dari luar kawasan ini, anda tidak tahu pun ada resort di dalamnya.
Siapa sangka di sebalik dinding yang tinggi, ada sebuah resort kecil dengan bilik gaya rustik dan laman yang dijaga rapi.
Terdapat dua jenis bilik iaitu The Villa dan Chalet. The Villa memuatkan 1 katil queen dan 2 katil bujang dengan tab mandi. Bilik chalet pula menempatkan katil queen.
Fuga Village terletak di pesisir Pantai Pengkalan Balak mempunyai sebuah dipping pool. Tarikan pelancong di sekitar resort ini termasuklah pusat konservasi dan penetasan telur penyu Padang Kemunting, gelanggang bola tampar pantai, kelab layar, jet ski, banana boat, ping pong, badminton, basikal dan gerai-gerai ikan bakar.
Bermula pada harga RM204, Fuga Village boleh ditempah di Airbnb. Berikut adalah link untukThe VilladanChalet.